19 February 2010

anda masih mahu MEROKOK???

salam.. entry kali ni cukup bermanfaat.. text ni aku copied dari pustakaal-ghazali.wordpress.com, website alumni SUI pekan Tambunan dan paste kat sini utk renunag bersama.. lets check it out!!

jap!!jap!! intro lg seket ^.^hehe..

*jika anda benar-benar SAYANGKAN ORANG-ORANG YANG MENYAYANGI ANDA, jadimengapa tidak berusaha utk lakukan yg terbaik demi mereka..*

saya sendiri pernah mendengar seorang perokok apabila melihat kotak rokok yg 'dhiasi' gambar kanser mulut,dia berkata "aaalaaah..saya yg dah lama merokok pn mulut x jd macam tu!!.." wohooOO..otak stuck sejenak slps mdgr kata2 itu..ehe.. jadi suka sy nasihatkn kepada perokok ato bukan perokok termasuk diri sy sendiri "JANGAN EKSEN!!NANTI ALLAH TARIK NIKMAT YG ADA..tepuk dada tya iman..JANGAN ditanya SELERA kerana selera itu memang NAFSU punya GENG !!peaCe..


11 SEBAB BERHENTI MEROKOK


Ramai berkata mengatasi ketagihan rokok jauh lebih payah dari berhenti menagih dadah. Perkara ini diakui pakar perubatan dan bekas penagih. Walaupun tahu merokok membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser paru-paru dan mulut dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), tetapi ramai yang tidak mampu melawan pengaruh nikotin ke atas otak.

Jika anda perasan, antara garis panduan umum untuk mengelakkan penyakit atau mengekalkan kesihatan yang diberikan mana-mana doktor ialah berhenti merokok. Ini kerana merokok boleh menjadi agen perangsang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik.

Mungkin hanya perokok saja yang tahu kemanisan merokok. Secara rasionalnya kita masih tercari-cari di mana manisnya merokok terutama di kalangan wanita. Tanpa sedar ia bukan saja membakar wang dan kesihatan tetapi turut menyebabkan gigi kuning dan berkarat – yang mencacatkan kemanisan senyuman!

Selain itu ada lebih 10 sebab mengapa anda perlu berhenti merokok. Masih ada masa untuk menyambut tahun baru dengan perubahan positif yang memberi manfaat kepada semua orang terutama diri sendiri dan orang tersayang.


Alzheimer

- Merokok menyebabkan fungsi otak merosot 5 x lebih cepat terutama bagi perokok berumur. Berdasarkan kajian ke atas 9,200 perokok lelaki dan wanita berumur 65 tahun ke atas yang disiarkan dalam jurnal Neurologi, didapati fungsi otak perokok merosot lebih cepat walaupun mereka tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami masalah dementia (nyanyuk).

Bagaimana ini boleh berlaku? Merokok memberi kesan kerosakan berpanjangan terhadap salur darah, menyebabkan darah boleh membeku yang meningkatkan risiko serangan strok dan kemerosotan daya ingatan.


COPD dan kanser paru-paru

– Satu-satunya punca kepada dua penyakit kronik ini ialah rokok. Risiko penyakit ini boleh dikurangkan dengan berhenti merokok seawal mungkin. Perokok tegar yang merokok sejak muda akan mengalami kerosakan paru-paru yang lebih teruk dan sedihnya kerosakan ini tidak boleh dipulihkan. Ada banyak kes pesakit terpaksa bergantung kepada bekalan gas oksigen untuk bernafas yang perlu dibayar dengan harga mahal sedangkan kita sememangnya dikelilingi oksigen percuma!

Kanser mulut

– Banyak kajian menunjukkan antara punca utama kanser mulut ialah merokok selain tabiat makan sirih. Risiko kanser mulut akan hilang jika anda berhenti merokok dan semua masalah lain seperti ulser juga akan sembuh.

Lupus – Sistemik Lupus Eritematosus atau lupus adalah penyakit auto imun di mana sistem imun tersilap tafsir dan menganggap badan sendiri sebagai bahan asing yang perlu dihapuskan. Ini adalah penyakit auto imun yang kronik dan boleh mengakibatkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu badan.

Penyelidik Universiti Harvard mendapati perokok mempunyai risiko yang agak tinggi untuk mendapat lupus. Ini bukanlah penemuan yang menghairankan kerana asap rokok mengandungi lebih 4,000 jenis racun yang boleh menukar mana-mana fungsi badan termasuklah sistem imun. Bagaimanapun risiko ini boleh dihilangkan dengan berhenti merokok.

Sindrom bayi mati mengejut (SIDS)

- Kajian yang dijalankan penyelidik Eropah ke atas 2,400 bayi mendapati daripada 745 kes SIDS, kurang daripada separuh (50%) kematian disebabkan bayi tidur meniarap atau mengiring. Hampir 16 peratus kematian dikaitkan tidur bersama ibu terutama yang merokok dan risikonya dikatakan 17 kali ganda lebih tinggi.

Bayi alami masalah sakit perut - Pendedahan kepada asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah kolik atau sakit perut. Inilah rumusan dari lebih 30 kajian di seluruh dunia. Masalah sakit perut bermula beberapa minggu selepas bayi dilahirkan dan kes paling tinggi dicatatkan apabila bayi berumur lima hingga lapan minggu yang boleh berlarutan sehingga umur mencapai empat bulan.

Asap rokok boleh menaikkan paras hormon dalam darah dan usus yang dipanggil motilin. Hormon ini akan membuat pengecutan otot perut dan usus menjadi laju – yang secara tidak langsung mempercepatkan pergerakan makanan. Inilah sebabnya bayi boleh mengalami sakit perut dan berasa tidak selesa.

Risiko mati pucuk

- Pasti ada perokok yang mendakwa walaupun kuat merokok, mereka tetap ramai anak. Itu bagi perokok yang bertuah dan anda perlu bersyukur dikurniakan cahaya mata. Kurniaan itu seharusnya dipelihara sebaiknya dengan tidak mendedahkan anak-anak anda kepada racun asap rokok.

Prestasi di bilik tidur memang penting bagi lelaki dan untuk mengekalkannya, anda perlu berhenti merokok. Soal selidik ke atas hampir 5,000 lelaki di China mendapati mereka yang merokok lebih sekotak sehari mempunyai kecenderungan sebanyak 60% mengalami masalah mati pucuk berbanding bukan perokok.

Secara keseluruhan 15% perokok mengalami masalah ereksi berbanding 12% lelaki tidak merokok seperti yang dilaporkan dalam Seminar Pencegahan dan Epidemiologi Penyakit Kardiovaskular di Miami, Amerika Syarikat.

Mati pucuk bukan sekadar masalah di bilik tidur saja. Ia sebenarnya menjadi petanda paling penting kepada pelbagai masalah kesihatan lain dan merokok akan menyebabkan tahap kesihatan anda bertambah buruk.

Hilang penglihatan

- terutama perokok berumur. Perokok mempunyai risiko empat kali lebih tinggi untuk menjadi buta disebabkan kemerosotan makular akibat penuaan. Lebih 25% kes kemerosotan makular yang boleh membawa kepada kebutaan berkaitan dengan tabiat merokok. Berhenti merokok boleh merendahkan risiko ini dan memanjangkan hayat penglihatan anda.

Artritis Reumatoid

- Individu yang mempunyai genetik lemah akan lebih mudah mendapat artritis reumatoid jika mereka merokok. Kajian penyelidik Sweden mendapati risikonya ialah 16 kali lebih tinggi berbanding individu tidak merokok.

Berdengkur

- Masalah yang memalukan ini biasanya lebih buruk di kalangan perokok. Bahkan pasangan anda yang tidak merokok juga akan mendapat kesannya. Lebih 24% perokok tidur berdengkur berbanding 20% kumpulan yang sudah berhenti merokok dan hanya 14% bagi golongan tidak pernah merokok.

Perokok sekunder (orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok) juga mendapat tempiasnya. Kajian mendapati 20% individu yang menghidu asap rokok di rumah berdengkur.

Kanser payudara

- Wanita yang mula merokok sebelum berumur 20 tahun atau sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mereka hamil dan merokok bagi tempoh yang lama mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.

Kadar kelaziman kanser payudara di kalangan perokok dan perokok sekunder ialah 30% dan ini adalah jumlah yang membimbangkan kerana jumlah perokok wanita kian bertambah setiap tahun. Kanser payudara pula adalah antara penyakit yang belum ada cara untuk mencegahnya.

Biasanya ibu amat marah dan kecewa jika bayi mereka digigit nyamuk tetapi ramai yang tidak sedar dengan merokok mereka sebenarnya mendedahkan anak kesayangan kepada lebih banyak ancaman kesihatan. Jadi jika anda benar-benar sayangkan anak, berhentilah merokok.


..sekian =)

03 December 2009

nenek kebaya @ TV3..siaran ulangan @ tv9

uuuhh.. ari ni alhamdulillah dapat naep balek.. n entry kali ni mau komen sket psl crita nenek kebaya..

drama nenek kebaya ni mmg best gak crita dia..even mak tiri dia telampau muda, cantik ngalahkan aku, tp aku layan gak..tp yg aku mau komen bukan overall crita ni laa..jz pasal ust tu.. ust nama apa ntah..lupa lak..tp yg slalu ngan shafie lakonan zed zaidi tu.. n yg aku mau komen ni pn bukan pasal karakter dia..karekter dia ok, tp stakat episod yg semalam pya,episod brapa aku xtau,yg aku tau ari rabu,2hb 12 09..aku dapat detect 2 mistakes..kira mistakes gak laa tu kan..

1st mistake masa pak salleh tgh nazak..hampir2 nak ninggal.. komen aku..'dah die tau pak salleh tu nak tinggal, ada plak ust 2 bleh suh die ngucap sendri..dialog ust tu lebih kurang camni laa.."pak salleh,mengucap pak salleh".. aaa,, lebih kurang laa camtu..
yg sepatutnya die kena la baca 2 kalimah syahadah kat tinge pak salleh tu..bukan ckp ngucap pak salleh..ngucap..adoii laa.. sebab apa aku komen mende remeh ni?? sebab, 1st watak dia ust..so kenala tau camna nak wat klo org tu tgh nazak..2nd, crita nenek kebaya ni drama yg dtayangkan @ tv, so kenala ajar audience@ masyarakat cara yg betul utk 'menghadapi' org yg tgh nazak.. so, penulis skrip, pengarah n suma krew including of plakon sendri kena alert mende mcm ni..

2nd, masa ust tu n shafie dalam keta pas balik dr umah shafie..yg ayah c shafie tu halau org nak baca yasin kat umah dia.. tym tu diorg bdua tgh borak bout ayah shafie n samsiah..dialog aku x ingat tp tgh ngucap, beristigfar, ust tu sebut plak masyaAllah..ehehe..sedangkan yg kita tau masyaAllah tu kan 'di ucapkan' bila kita tgk menda yg cantik, yg menakjubkan n so on laa..yg penting bukan yg related 2 perkara2 keburukan..

mende ni mmg nampak cam remeh..n x mustahil klo ada org yg baca entry ni n ckp, "alaaa..mende kecik camni pn nak kecoh, blahlaa"..tp ape nak watkan.. lantak korg la nak ckp ape pn..dah aku pye bLog so suke ati aku laa nak taep ape pun..ehee..peaCe^.^
neway..yg baik tu dtg dr Allah..dan yg kureng ok itu dr kelemahan sy sendri..aSta La viSta..salam..

15 November 2009

dOa seOrg temaN buaT temaN

(~_^) ni member aku yg bagi on nov,12 2009..saja mau share..


ya Allah,
seandainya temanku sesat dalam kabus perasaan,
bukakanlah hatinya agar menerima petunjukMu,
seandainya dia diasak oleh 1001 godaan nafsu,
bantulah dia dengan benteng keimanan kepadaMu,
seandainya dia kecewa & terluka,
balutlah jiwanya dengan kehebatan alunan ayat-ayat suciMu,
seandainya dia tertarik pada laranganMu,
payungilah dia dari ajakan syaitan laknatullah itu..
mudah-mudahan cintanya kepadaMu melebihi kecintaannya kepada yg lain,
rindunya tulus pada kenikmatan syurgaMu,
dan setianya tetap pada perintahMu..

amiiin..ya RabbaL 'aaLamiin..

^.^ mmg terkesan..thanx 4 d dua'.. maRi kita sama2 amaR ma'Ruf n nahi munkaR & saLing ingat-mengingati..=)

ya Allah..Lindungi kami..

06 November 2009

bahasa jiWa baNgsa (1)

urmmm.. ari ni meh kita belajar bahasa k..mandangkan penulis iaitu aku ialah seorg sabahan yg agak tulen so, marila kita blajar bahasa sabah dgn kata lain slanga sabah..beLajaR slaNga saBah percuma slaNga bRunei..hihihii.. tp aku xbrapa terer kurapak brunei oo..huhuhu..aku letak yg aku tau ja laa..ehehe..

ok..mula2 mau blajar pasal apa aa??

xpalaaa..awal2 ni kita blajar words pendek2 ja..cana lidah sabah n lidah peninsular bunyikan words neh..okkeh..oRait..meh2..tuisyen free nii..ehehe

kita blajar kata ganti nama buleh?

1. perkataan SAYA:-
~sabahan = saya @ sa / aku

2. perkataan Kau/ awak:-
~sabahan = ko ( urg sabah x pakai awak..ehehe)
=kita ( biasa digunakan ketika bckp dgn org yg lebih tua / utk pgunaan yg sopan)

3.perkataan kami/ kitorg:-
~sabahan = kami jugak..ehehe..sama ja ngan peninsular..

4.perkataan mereka/ diorg:-
~sabahan = dorang

5.perkataan kita:-
~sabahan = kita juga laa..hehe

*beasanya kesilapan org bukan sabahan bila ckp sabah, dorg akan tambah huruf k di ujung2 words..actually bukan huruf 'k' tp tambah ( ' ).. cam hamzah la dibelakang dia..bukan 'ain k.. so baru cantek sket sebutan..ehehe..

********************************************************************************
n skg mau ajar words yg simple2 yg memang sebutan dia different tp ada sama sket2..

1. mahu / nak
~ sabahan = mau @ mo
~brunei = mau / kan
(cth ayat: nda' ku mau' , aku kan makan)

2. tidak / tak
~sabahan = nda (commonly used) / tia (*sebutan nda' / tia' )
~brunei = nda'

3. tiada / xde
~sabahan = teda
~brunei = ndada' / nada'

4. jangan
~sabahan = jangan (commonly used) / jan
~brunei =' jangan' juga rasa..hehe

5. pergi / gi / pi
~sabahan = pigi / pi
~brunei = aga

6. bagitau / gtau
~sabahan = kasitau / sitau (sebutan + ' slps u )
~brunei = padahkan / padakan

okkeh laa..tu ja laa utk ari nii..actually susah sket mau terangkan cana slang brunei ni..aishh..kita blajar slanga sabah ja la aarr lenkali..ehehe..

31 October 2009

Oouchh..terbeRsin La pLak..

aaaasshheeemm!! 'ups.. excuse me..' ceeeyy..excuse me la sangat..ahahaha..

ehem..ehehe.. entry ni bukan citer novel..bukan jugak cerpen..dan juga bukan luahan hati @ perasaang.. tapiii.. kali ni mau share bout apa yg patut kita buat ketika/selepas bersin selain mengelap airliur basi yg tersembur dan terpercik ke baju anda..huahua.. wokkey..lets cek it out..


okkess..apa yg patut malah dituntut utk kita lakukan sebagai seorang yang BERAGAMA ISLAM:-


apabila bersin,org yg bersin membaca;

اَلْحَمْدُ لِلَّه

Alhamdulillah

Ertinya: Segala puji bagi Allah


kemudian, org yg mendengar membaca;

يَرْحَمْكَ الله

Yarhamkallah (jika yang bersin adalah seorang lelaki)

Ertinya: semoga Allah merahmati kamu

يَرْحَمْكِ الله

Yarhamkillah (jika yg bersin adalah seorang wanita)

Ertinya: semoga Allah merahmati kamu


dan kemudian lg, org yg bersin td membaca:

يَهْدِيْكُمُ الله وَ يُصْلِحْ بَا لَكُمْ

Yahdiikumullah wa yuslih baalakum

Ertinya: Semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu dan memperbaiki keadaan kamu..

*ada yang mengatakan bahawa kita hanya menjawab 'yarhamkallah/yarhamkillah apabila orang yg bersin td menyebut alhamdulillah..dan jika dia tidak menyebut alhamdulillah selepas bersin, adalah baik jika kita mengingatkan 'pembersin' tadi untuk membaca alhamdulillah..

okkess..mari kita sama-sama amalkan..okkeh^.^

29 October 2009

paRa peJuang berseNjataKan peN&Liquid..

ehem..kali ini, entry bertemakan "addua' silahul mu'min"..maksudnyee>> doa adalah seNjata org yg beRiman.. saje arr mau offer seNjata tambahan seLain pen&Liquid utk peRajurit2 yg sedang& akan berjuang ni..kita percaya bhwa ALLAH yg berKUASA atas segaLa sesuatu kan..wokkeh..lets check it out.. free je nih x pyh bayar..mane nak cari senjaTa free kan..okess;;

::~ DOA SEBELUM BELAJAR/ BOLEH JUGA SEBELUM MENJAWAB SOALAN


بسم الله الرحمن الرحيم

اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ

رَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ


Allahummaftah ‘alaina hikmataka wansyur ‘alainaa min khozaa,ini rohmatika yaa arhamarraahimiin..


Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..



رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ

عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Robbisyrohlii sodrii wa yassirlii amrii wahlul ‘uqdatammillisaani yafqohuu qaulii.


Ertinya: Ya Allah, Lapangkanlah dadaku, permudahkan bagiku urusanku dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku.


اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ

وَإِلْهَامَ الْمَلَائِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. يَا فَتَّاحُ يَا عَلِيمُ، اِفْتَحْ قَلْبِي

فُتُوحَ الْعَارِفِيْنَ

Allahummarzuqnii fahmannabiyyiin wa hifzal mursaliin wa ilhaamal malaa,ikatil muqorrobiin. Yaa Fattaahu yaa ‘Aliim,, iftah qolbii futuuhal ‘aarifiin.

Ertinya: Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman para nabi, hafalan para rasul dan ilham para malaikat yang hampir (denganMu). Ya Allah yang Maha pembuka dan Maha Tahu, bukalah hatiku seperti orang-orang yang arif..

::~DOA SELEPAS BELAJAR/ TERLUPA NOTA YANG DIBACA



اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلَّمْتَنِيهِ

فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِي إِلَيهِ وَلَا تُنْسِنِيْهِ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ



Allahumma innii astaudi`uka maa `allamtaniih, fardudhu ilayya `inda haajatii ilaihi wa laa tunsiniihi ya Rabbal `aalamiin..


Ertinya: Ya Allah aku pertaruhkan kepadaMu apa yang Engkau tahu tentang sesuatu berkenaan dengan diriku. Kembalikanlah ia kepadaku sesuai dengan hajatku kepadanya, dan jangan Engkau melupai sesuatu tentang sesuatu tentang diriku, wahai Tuhan yang Memiliki sekalian alam.


***to be continue..


*aku rasa tulisan arab tu x dah jd laen mcm je bila dah letak kat entry ni..so sape2 yg rasa nak doa yg canteek pya tulisan, jgn malu2 utk minta eh..

24 October 2009

untuK aku,dia dan kamu..

ari ni terpaNggil utk shaRe satu artikel yg mmg simple, tp amat terkesan di hati..
artikel ni aku jumpa tym belek2 majalah sOlusi isu.no12 hasil pinjaman member sebLah katiL aku..[ boleh ye tuan peNgarang..nak share ilmu ni:) ]

*ini bukan citer seram yeee..okkeh..mari kita mulakan cerita...

"saat sdg nyenyak tdur diatas tilam yg begitu empuk, dan dibuai mimpi indah, bilik yg dingin kelam tanpa cahaya..tiba2..anda terjaga..mata melilau melihat sekeliling, mengamati persekitaran..Lalu hati berkata sendirian, 'eh,gelap lg ni'.. lalu tangan mencapai enset ditepi untuk melihat jam sekadar untuk mendapatkan kepastian.."oh,baru pkul3 pg..belum subuh lg ni..'
daLam situasi ini, apa yang anda akan lakukaN? disiNi aNda mempunyai piLihan..tepuk dada, tanya iman..dan buatlah piLihan yg biJak..

**piLihan Satu**

kebaNyakan kita akan kembaLi meNarik selimut dan menyampung episod mimpi yang terputus teNgah jalaN td..semangat nak tau ending mimpi.. lalu hati mengOmel..'asal laa aku terbangun awal sangat nii..isshh..' sangat kesal dan menyesal..kesal bangun awal? nauzubiLLah..

**piLihan dua**

'oh, baru pkul 3 pg..waktu mcm ni doa makbul..ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku..jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang utk kebahagiaan dunia dan akhirat'..kemudian, sambung kembali 'ibadah senyap'..

**piLihan tiga**

sebaik menYedari dah pKul 3 pg, (bukan baru pKul 3), anda segeRa banguN..mahu menunaikan solat tahajud..sembahLah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengar Allah..

"terjaga di awal pagi adlh satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan dari hambaNya.. Mulalah dari laNgkah pertama, berdoa sebaik terjaga..Malah mintalah dari Allah utk bangkitkan kita pada malam2 seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sdg tdur, bukan mengomel penuh kekesalan..
tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan..

__________________________________________________________________

moga kita tergoLong dikaLangan hambaNya yg dikurniaan anugerah tersebut.. beribadahlah selagi tubuh masih pya kekuatan.. berdoaLah selagi otak masih bisa berfikir, selagi mulut dan hati masih bisa berkata, selagi tgn bisa menadah..dan menangislah dihadapan ILahi selagi mata bisa mengalirkan air mata kesyukuran dan keinsafan..


*cited from 'sOlusi isu no.12' pg 76..
ade tmbah sket2 jee..