ehem..ehehe.. entry ni bukan citer novel..bukan jugak cerpen..dan juga bukan luahan hati @ perasaang.. tapiii.. kali ni mau share bout apa yg patut kita buat ketika/selepas bersin selain mengelap airliur basi yg tersembur dan terpercik ke baju anda..huahua.. wokkey..lets cek it out..
okkess..apa yg patut malah dituntut utk kita lakukan sebagai seorang yang BERAGAMA ISLAM:-
apabila bersin,org yg bersin membaca;
اَلْحَمْدُ لِلَّه
Alhamdulillah
Ertinya: Segala puji bagi Allah
kemudian, org yg mendengar membaca;
يَرْحَمْكَ الله
Yarhamkallah (jika yang bersin adalah seorang lelaki)
Ertinya: semoga Allah merahmati kamu
يَرْحَمْكِ الله
Yarhamkillah (jika yg bersin adalah seorang wanita)
Ertinya: semoga Allah merahmati kamu
dan kemudian lg, org yg bersin td membaca:
يَهْدِيْكُمُ الله وَ يُصْلِحْ بَا لَكُمْ
Yahdiikumullah wa yuslih baalakum
Ertinya: Semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu dan memperbaiki keadaan kamu..
*ada yang mengatakan bahawa kita hanya menjawab 'yarhamkallah/yarhamkillah apabila orang yg bersin td menyebut alhamdulillah..dan jika dia tidak menyebut alhamdulillah selepas bersin, adalah baik jika kita mengingatkan 'pembersin' tadi untuk membaca alhamdulillah..
okkess..mari kita sama-sama amalkan..okkeh^.^